Tuesday, March 9, 2010

Wahabi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum pembuka bicara..........

Mungkin semua orang dah tahu mengenai fahaman Wahabi ni. Tapi tak semua tahu tentang bahayanya Wahabi. Fahaman ini bukanlah dari golongan Ahli Sunnah wal Jamaah walaupun mereka mengaku bahawa mereka ini dari golongan ahli sunnah. Mereka juga menggelarkan bahawa diri mereka ini golongan salaf/salafi. Semua itu dusta belaka kerana mereka ingin menutup sejarah hitam lagi memalukan golongan mereka.

Sudahkah anda mengkaji tentang sejarah wahabi? Siapakah yang menyebabkan umat Islam di Makkah terpaksa memakan daging anjing untuk meneruskan hidup akibat dikepung oleh tentera Inggeris? Siapakah yang menjadi sekutu AS dan Israel di dunia Arab dengan hanya menonton sahaja penindasan yang berlaku di Palestin?
Ditegaskan sekali lagi bahawa semua dalang-dalang tersebut adalah GOLONGAN WAHABI!!!!!!!!!!!!!!!!.
Mereka sanggup membayar berjuta-juta dolar setiap tahun kepada barat (AS) semata-mata untuk menjaga takhta pemerintahan UAE. Sedangkan mereka hanya melihat sahaja penderitaan saudara Islam mereka di Palestin.

Kita berbalik mengenai wahabi di Malaysia. Mereka ini bukanlah dari golongan ahli sunnah wal jamaah. Ini kerana mereka menyimpang dari segi Tauhid. Mereka mentafsir sifat-sifat ALLAH kepada sifat manusia sedangkan ALLAH tidak menyerupai sesuatu pun sama ada di langit ataupun di bumi. Kita masih boleh terima jika percanggahan yang berlaku hanya dalam bidang fiqah, namun kita tidak boleh sama skali  untuk bertolak ansur jika berlaku percanggahan dalam bidang tauhid.

Kita juga menolak mereka kerana mereka menolak hadis sebagai sumber kedua selepas al-Quran. Mereka hanya menggunakan hadis yang boleh memenuhi keperluan mereka contohnya adalah untuk menguatkan pengaruh.

Mereka juga mengutuk dan menghina ulama-ulama yang muktabar seperti Imam Syafie. Jika anda pernah menonton rancangan al-Kuliyyah yang mana ahli panelnya adalah bekas Mufti dan seorang rakannya, mereka secara terang terangan mengutuk Imam Syafie dlam diskusi mereka. Inikah contoh yang terbaik?
klik link ini (http://www.youtube.com/watch?v=G53J0SR1fQ4&feature=related)

Hebat sangatkah mereka berbanding Imam Syafie. Mereka lebih mengagungkan Imam Muhammadb. Abdul Wahab dan Ibnu Taimiyah. Adakah mereka mengkaji latar belakang 2 orang ini? Imam Syafie yang dari keturunan Nabi Muhammad yang mana Rasulullah SAW ada bersabda yang mana setiap 100 tahun, akan lahir seorang ulama yang akan membetulkan keadaan umat Islam dan Imam Syafie adalh ulama yang dimaksudkan itu. Layakkah mereka menghina Imam Syafie?

inilah pengangan wahabi :
. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Semasa mereka berkomplot dengan pihak barat, semua keturunan Nabi Muhammad telah dibunuh oleh mereka tanpa belas kasihan. Apa salah mereka yang di bunuh ini? Sedarlah anda sekalian. Bebaskan diri anda dari fahaman Wahabi.

Masih banyak lagi kepincangan yang dilakukan oleh golongan ini. Kalaulah anda mengkaji fahaman ini dengan mendalam, anda akan mendapati mereka ini mungkin sudah terkeluar dari Islam. Bukan saya berniat untuk mengkafirkan mereka. Tetapi mereka yang menyebabkan msalah ini timbul. Tetapi sekadar perkongsian ilmu agar anda tidak terpengaruh dengan fahaman ini. Bagi mereka yang terlibat, masih ada waktu bagi anda untuk kembali ke panggkal jalan. Jangan anda tutup hati anda dengan selimut wahabi dan enggan menerima kebenaran.Sedarlah wahai saudaraku....

AWASI BAHAYA WAHABI. ANDA MAMPU MENGUBAH DIRI ANDA

Sunday, March 7, 2010

SHAH ALAM, 8 Mac: Enam sekeluarga yang menyertai perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menerima penghargaan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMI) dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP semalam.
Ismadei Sahnam mewakili isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka iaitu Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial yang hadir ke majlis berkenaan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, menerima cenderahati daripada Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad. (gambar sebelah)
Gambar keluarga berkenaan sewaktu berarak ke istana negara pada 7 Mac 2009 itu dirakamkan jurugambar akhbar rasmi PAS, Harakah, Wan Zahari Wan Salleh yang turut menerima penghargaan daripada GMP.
Sambil mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan, Hassan juga percaya banyak lagi keluarga yang turun meyertai himpunan tahun lalu yang disifatkan sebagi berjaya.
Ismadie yang ditemui selepas itu berkata, beliau dan keluarga tidak menyangka akan menerima penghargaan sedemikian rupa daripada GMI kerana beliau dan isteri membawa anak-anak ke perhimpunan bersejarah itu semata-mata untuk bersama-sama rakyat menzahirkan bantahan terhadap dasar berkenaan.
Akhbar Harakah keluaran minggu lalu sekali lagi menyiarkan gambar mereka sekeluarga sebagai makluman mereka dijemput menghadiri majlis hari ini.
"Saya memang terkejut apabila kawan menghubungi saya baru-baru ini, bagitahu gambar keluarga saya semasa himpunan (anti-PPSMI) tahun lepas keluar Harakah dan pihak Harakah minta saya menghubungi mereka. Saya tidak sangka kami menerima penghargaan ini hari ini," ujarnya.
Isterinya pula, Nor Asyikin berkata, suaminya selalu membawa beliau dan anak-anak menghadiri program-program anjuran Pakatan Rakyat dan mereka mendapat maklumat mengenai himpunan tersebut sewaktu mengahdiri ceramah di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar.
Atas rasa kesedaran perlunya membantah dasar PPSMI, beliau tidak keberatan membawa anak-anak menyertai himpunan tersebut sehingga terkena semburan gas pemedih mata.
"Kami memang selalu pergi program-program Pakatan Rakyat. Kebetulan dapat maklumat pasal himpunan anti PPSMI masa ceramah di Taman Melewar. Kami terus nekad menyertai himpunan itu bersama anak-anak," ceritanya.
GMP mengambil inisiatif mengadakan majlis berkenaan supaya rakyat tidak lupa mengenai perjuangan mereka mendesak kerajaan memansuhkan dasar yang meminggirkan bahasa ibunda itu.
Pengerusi GMP, Hasni Abas yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkata, GMP akan terus menuntut kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 seperti yang dijanjikan.
"Kita akan terus berjuang agar kerajaan memansuhkan dasar ini. Kalau kerajaan mungkir janji, kita tak akan teragak-agalk untuk turun ke jalan raya sekali lagi. Semangat kita masih sama seperti setahun yang lalu," katanya di hadapan kira-kira seratus pencinta bahasa yang hadir termasuk seniman-seniman yang mewakili Gerakan Budayawan Bertindak, Dinsman dan Pyan Habib.
Manakala selain Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, pejuang-pejuang anti PPSMI yang hadir ialah Naib Pengerusi GMP, Prof Dr. Abdullah Hassan, Prof Sharil Muhd Zain, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.
Pada majlis itu juga, buku Kumpulan Esei Budayawan Bertindak Menyokong Perjuangan A. Samad Said dilancarkan oleh Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail.
Buku berkenaan mengandungi 29 himpunan esei antaranya tulisan A. Samad Said sendiri, veteran PAS, Abdul Shukur Harun, kolumnis Lee Ban Cheng, pensyarah Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, dan lain-lain lagi.
Di permulaan majlis, hadirin dihidangkan dengan tayangan video sekitar himpunan yang berjaya mengumpulkan lebih 100,000 rakyat dari seluruh negara tahun lalu, terbitan TVPAS.com.
Majlis berkenaan juga bukan sekadar majlis biasa, kerana turut disertakan dengan sesi dialog dan perkongsian pendapat oleh para aktivis serta cendekiawan Melayu dalam mencari rumus lanjutan supaya dasar PPSMI boleh dimansuhkan lebih awal dari tahun yang dijadualkan.
Pada 7 Mac tahun lalu, GMP berjaya menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada pihak Istana Negara setelah melalui pelbagai halangan termasuk semburan gas pemedih mata dan meriam air daripada pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).