Monday, September 28, 2009

SALAM AIDILFITRI

Berlalu sudah bulan Ramadan yang penuh barakah dan datang pula bulan syawal sebagai tanda kemenangan kita dalam menjalani tanggungjawab sepanjang bulan Ramadan.

Aku teringat suasana di stesen bas pada malam aku akan pulang beraya di kampung. Keadaan di stesen bas begitu sesak sampaikan aku sendiri susah untuk bergerak. semasa dalam perjalanan,keadaan trafik bergerak dgn perlahan sampailah masuk ke highway Karak. aku sampai agak lewat dari biasa. Inilah pengalaman pertama aku sebagai perantau di negeri orang untuk mencari ilmu yang berguna dalam usaha untuk menjadi seorang guru.

Kepada semua muslimin dan muslimah, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AILDILFITRI maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 9, 2009

RAMADAN

Assalamualaikum wbt...

Tanpa kita sedari, bulan Ramadan sudah berada hampir pada penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita berpuasa. Ada manusia yang berasa gembira kerana Ramadan akan berlalu pergi dan Syawal pula yang akan tiba. Mereka terlalu suka untuk menyambut bulan Syawal sehingga terleka tentang kelebihan yang ada pada penghujung Ramadan.

Semakin hampir kita kepada Syawal, semakin kurang jemaah di masjid dan surau. Semakin hampir kita kepada Syawal, semakin kurang ibadat yang kita lakukan untuk ALLah. Jika kaum lelaki sibuk dengan memasang pelita, kaum wanita pula sibuk dengan membuat kuih sehingga mereka lupa bahawa pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, adanya malam LAILATUL QADAR.

Malam Lailatul qadar sangat besar kelabihannya.Barangsiapa yang menggunakan malam ini dengan sebaiknya iaitu dengan beribadat kepada ALLAH, dia akan mendapat ganjaran pahala beribadat 1000 bulan. alangkah besarnya ganjaran yang telah disediakan oleh ALLAH SWT kepada hambanya.

Amat jarang sekali manusia berlumba-lumba sesama mereka untuk beribadat kepada ALLAH. Amat beruntung juga orang yang mendapat malam ini dan mengisinya dengan melakukan ibadah. Mereka yang telah jatuh cinta dan sayang akan bulan ini akan berasa sedih kerana kekasih mereka ini akan pergi meninggalkan mereka dan mereka takut jika mereka tidak lagi peluang untuk mengecapi dan memadu kasih dengan bulan ramadan pada hadapan. Adakh anda merupakan salah seorang daripada golongan ini???

Tidak salah untuk kita membuat kuih raya atau macam-macam perkara lagi, tapi janganlah sampai kita mengabaikan kelebihan yang ada pada akhir ramadan. Sama-samalah kita cuba untuk menyeimbangkan antara perkara dunia dan perkara akhirat..

"MARILAH KITA SAMA-SAMAMENCARI MALAM LAILATULQADAR..."

Saturday, September 5, 2009

PEWARIS NEGARA



video pidato kanak-kanak ini amat menarik perhatian aku. Subhanallah!!! Seorang anak kecil yang dapat berpidato menyamai keupayaan orang dewasa. Ini adalah satu usaha yang positif dalam membangunkan umat Islam. Peserta yang paling muda dalam pidato berumur 6tahun tetapi dia mempunyai keupayaan dalam berpidato menyamai peserta yang lebih tua lagi.

Inilah sebuah rancangan siaran langsung sebuah syarikat televisyen Indonesia. mereka telah melatih kanak-kanak untuk berpidato di khalayak ramai sehingga para peserta mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan orang yang melihatnya. Tujuan mereka ialah melahirkan insan yang akan mewarisi perjuangan Islam dan menjadi seorang pendakwah pada suatu hari nanti.

Berbeda pula di negara kita. Sejak dari peringkat kanak-kanak lagi mereka diajar dengan budaya "hedonisme" sehingga melekakan bakal pewaris negara. Jika di Indonesia di adakan rancangan realiti pidato kanak-kank, di malaysia pula sibuk diadakan rancangan realiti 'Bintang Kecil'. Disana,kanak-kanak dilatih bagaimana untuk berpidato,di Malaysia pula kanak-kanak sibuk dilatih untuk menjadi seorang penyanyi.

semua ini merupakan situasi yang amat berlawanan. Sepatutnya kanak-kanak diajar dengan cara bagaimana untuk menjadi pendakwah yang dapat hebat dalam membangunkan agama Islam.tetapi kanak-kanak di malaysia lebih digalakkan untuk menjadi penyanyi unutk menghiburkan pemimpin. Apa la nk jadi dengan malasia ni.

kepada anda semua,sma2 la kita sama-sama mendidik anak anak kita supaya mereka mempunyai kebolehan untuk berpidato supaya dapat memberi sumbangan kepada agama islam yang suci ini..............

Tuesday, September 1, 2009

lepas cuti & merdeka!!!!!!!!!

aku dah makin tak cukup rehat skrg ni.asgmnt dah makin bertimbun. dateline pun makin dekat.huhuhuhu....
"Ya ALLAH,berilah kelapangan hati kepadaku. Permudahkanlah urusan ku dalam menuntut ilmu. kuatkanlah hati ku dalam menjalani hidup ini"..amiin ya RABBAL 'AALAMIIN...
Hidup ini bukan sesuatu yang indah tanpa menuntut ilmu. Untuk menuntut ilmu,ia memerlukan hati yang kuat dan tabah dalam menempuh ujian dalam usaha menuntu ilmu.

JOM KITA TUNTUT ILMU.....