Saturday, September 5, 2009

PEWARIS NEGARA



video pidato kanak-kanak ini amat menarik perhatian aku. Subhanallah!!! Seorang anak kecil yang dapat berpidato menyamai keupayaan orang dewasa. Ini adalah satu usaha yang positif dalam membangunkan umat Islam. Peserta yang paling muda dalam pidato berumur 6tahun tetapi dia mempunyai keupayaan dalam berpidato menyamai peserta yang lebih tua lagi.

Inilah sebuah rancangan siaran langsung sebuah syarikat televisyen Indonesia. mereka telah melatih kanak-kanak untuk berpidato di khalayak ramai sehingga para peserta mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan orang yang melihatnya. Tujuan mereka ialah melahirkan insan yang akan mewarisi perjuangan Islam dan menjadi seorang pendakwah pada suatu hari nanti.

Berbeda pula di negara kita. Sejak dari peringkat kanak-kanak lagi mereka diajar dengan budaya "hedonisme" sehingga melekakan bakal pewaris negara. Jika di Indonesia di adakan rancangan realiti pidato kanak-kank, di malaysia pula sibuk diadakan rancangan realiti 'Bintang Kecil'. Disana,kanak-kanak dilatih bagaimana untuk berpidato,di Malaysia pula kanak-kanak sibuk dilatih untuk menjadi seorang penyanyi.

semua ini merupakan situasi yang amat berlawanan. Sepatutnya kanak-kanak diajar dengan cara bagaimana untuk menjadi pendakwah yang dapat hebat dalam membangunkan agama Islam.tetapi kanak-kanak di malaysia lebih digalakkan untuk menjadi penyanyi unutk menghiburkan pemimpin. Apa la nk jadi dengan malasia ni.

kepada anda semua,sma2 la kita sama-sama mendidik anak anak kita supaya mereka mempunyai kebolehan untuk berpidato supaya dapat memberi sumbangan kepada agama islam yang suci ini..............

No comments:

Post a Comment