Wednesday, September 9, 2009

RAMADAN

Assalamualaikum wbt...

Tanpa kita sedari, bulan Ramadan sudah berada hampir pada penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita berpuasa. Ada manusia yang berasa gembira kerana Ramadan akan berlalu pergi dan Syawal pula yang akan tiba. Mereka terlalu suka untuk menyambut bulan Syawal sehingga terleka tentang kelebihan yang ada pada penghujung Ramadan.

Semakin hampir kita kepada Syawal, semakin kurang jemaah di masjid dan surau. Semakin hampir kita kepada Syawal, semakin kurang ibadat yang kita lakukan untuk ALLah. Jika kaum lelaki sibuk dengan memasang pelita, kaum wanita pula sibuk dengan membuat kuih sehingga mereka lupa bahawa pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, adanya malam LAILATUL QADAR.

Malam Lailatul qadar sangat besar kelabihannya.Barangsiapa yang menggunakan malam ini dengan sebaiknya iaitu dengan beribadat kepada ALLAH, dia akan mendapat ganjaran pahala beribadat 1000 bulan. alangkah besarnya ganjaran yang telah disediakan oleh ALLAH SWT kepada hambanya.

Amat jarang sekali manusia berlumba-lumba sesama mereka untuk beribadat kepada ALLAH. Amat beruntung juga orang yang mendapat malam ini dan mengisinya dengan melakukan ibadah. Mereka yang telah jatuh cinta dan sayang akan bulan ini akan berasa sedih kerana kekasih mereka ini akan pergi meninggalkan mereka dan mereka takut jika mereka tidak lagi peluang untuk mengecapi dan memadu kasih dengan bulan ramadan pada hadapan. Adakh anda merupakan salah seorang daripada golongan ini???

Tidak salah untuk kita membuat kuih raya atau macam-macam perkara lagi, tapi janganlah sampai kita mengabaikan kelebihan yang ada pada akhir ramadan. Sama-samalah kita cuba untuk menyeimbangkan antara perkara dunia dan perkara akhirat..

"MARILAH KITA SAMA-SAMAMENCARI MALAM LAILATULQADAR..."

No comments:

Post a Comment