Tuesday, April 27, 2010

Apa Yang Lelaki Mahukan Semasa Bercinta Sebelum Kahwin?

Buat mereka yang bergelar wanita, tahukah anda apa yang lelaki mahukan semasa bercinta sebelum kahwin. Ramai yang beranggapan bahawa lelaki mahukan kasih sayang, perhatian dan cinta. Jika ini yang anda fikirkan, anda sebenarnya telah silap.

Secara majoritinya, lelaki yang bercinta sebelum nikah hanya mahukan SEKS!!! sahaja. Memang bukan semua lelaki adalah jenis ini. Masih ada lagi lelaki yang tidak mengharapkan seks sebelum nikah, tetapi seramai manakah golongan mereka ini?

Sekarang, anda dapat lihat bahana cinta sebelum nikah. Setiap hari pasti ada saja berita tentang kes pembuangan bayi di dada akhbar. Ke manakah perginya sifat kemanusiaan dalam diri mereka? Tidak cukup dengan dosa zina, ditambah lagi dengan dosa membunuh. Memang manusia begini lebih teruk dari binatang.

Buat para wanita, muhasabahlah diri anda. Adakah diri anda sebagai perempuan murahan atau yang mempunyai harga diri yang amat mahal? Jika diri anda seorang yang mudah disentuhi oleh lelaki yang bukan mahram, bermakna harga diri anda amat murah. Anda tidak malu dan segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang tidak halal bagi anda menyentuhnya. Anda tidak kisah jika dipeluk, dicium sekalipun. jika begitu diri anda, memang harga diri anda teramat amat murah sehingga boleh sahaja diumpamakan bahawa anda langsung tidak mempunyai harga diri.

Wanita yang betul-betul menjaga dirinya dari lelaki yang tidak halal baginya merupakan mereka yang mempunyai harga diri yang teramat amat tinggi. Mereka lebih mengutamakan perintah dan larangan dari Allah dari melihat pandangan manusia. Mereka tidak rela disentuh sesuka hati oleh lelaki yang bukan mahramnya. Mereka berusaha untuk menjaga kesucian diri untuk dihadiahkan kepada seorang lelaki yang halal buatnya(suami tercinta). Mereka tidak buta dalam berkorban demi cinta. Mereka rela berkorban demi sebuah cinta yang halal. Bukan untuk cinta yang haram.

Buat wanita, bukalah hatimu, bukalah mindamu, keluarlah dari ruang dosa. Adakah anda sanggup menggadaikan semua yang anda miliki demi sebuah cinta yang haram dan akhirnya anda tersadai apabila ditinggalkan? Lelaki hanya mahukan tubuh anda sahaja. Sudah ramai wanita yang mengalami kondisi ini. Apabila habis madu, sepah dibuang. Jadi, dimanakah nilai pengorbanan anda? Semuanya sia-sia sahaja. Anda perlu ingat, kaum lelaki ini hanya ada 1 nafsu sahaja, berbeza dengan anda yang mempunyai 9 nafsu. Jika 1 nafsu ini bergolak, maka banyaklah berlaku kerosakan di muka bumi ini.

Buat lelaki, ini bukan untuk menghina diri anda, tetapi cuma sebagai menyampaikan sebuah realiti kehidupan. Sebab itulah Islam mengharamkan cinta sebelum nikah untuk mengelakkan berlakunya kemungkaran di muka bumi ini. Cuma terpulang kepada kita sahaja sama ada untuk bertindak mengikut panduan dari Allah atau dipandu oleh nafsu dan syaitan.

Marilah kita sama-sama menaiki bahtera keinsafan. Masih belum terlambat lagi untuk kita kembali ke pelabuhan taubat. Apa yang kita harapkan dalam hidup ini hanyalah redha Allah yang akan membawa kita semua ke Jannah.

Tuesday, April 6, 2010

NOVEL ISTIMEWA


Novel dwilogi sangat menarik untuk santapan minda para penggemar novel. Bahasa yang digunakan dalam novel ini sungguh indah dan menarik. Tidak rugi jika anda memilikinya.

Novel ini boleh memandu para remaja yang tengah mabuk bercinta untuk bercinta mengikut panduan syariat Islam. Bercinta tidak salah tetapi mestilah dipandu berdasarkan landasan Islam. Islam itu syumul. Tidak rugi jika kita mengikut landasan Islam bahkan sebenarnya kita lebih beruntung.

Pengarang ini cuba untuk menunjukkan cara sebenar bagi mereka yang ingin mendapatkan kekasih halal( isteri). Novel ini sungguh berbeza dengan novel-novel cinta yang terdapat di pasaran sekarang. Novel ini menggunakan pendekatan Islamik dalam menyelami cinta yang sebenar. Novel ini mirip kepada novel 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Pak Habib kerana berlantar belakangkan Mesir tetapi mengisahkan tentang pelajar Malaysia yang belajar di sana.

Kepada mereka yang masih belum memiliki novel ini, dapatkanlah dengan segera. Baca dan hayati kandungannya.Pasti anda akan rasa sangat teruja bagaimana caranya untuk mendapatkan cinta denjgan cara yang halal.

Sunday, April 4, 2010

Cinta Remaja

Semakin banyak novel islami yang aku baca, semakin tawar hatiku terhadap cinta remaja. Bagiku kini, cinta remaja hanyalah cinta yang akan menghancurkan diri seseorang. Cinta inilah yang menyebabkan gejala zina berleluasa. Ditambah lagi dengan peningkatan mendadak kes buang anak. Inilah natijahnya cinta remaja.

Cinta remaja semamangnya adalah berlandaskan nafsu semata-mata. Bukan berlandaskan syariat Allah. Namun cinta ini amat disukai oleh belia umat Islam. Cinta inilah yangf emnjatuhkan umat Islam. Cinta inilah yang membuatkan umat Islam tiada beza lagi dengan golongan kafir. Belia Islam telah hancur jati diri keislamannya.

Aku sedih dengan semua ini. Apa yang patut aku buat sebagai amar makruf nahi mungkar. Aku dah buat apa yang aku mampu. Tapi belum tiba lagi masa untuk Allah menunjukkan hasil atas usaha aku. Perancangan Allah penuh dengan hikmah.


Ya Allah, jauhilah aku dari cinta ini. Amiin.....