Tuesday, April 27, 2010

Apa Yang Lelaki Mahukan Semasa Bercinta Sebelum Kahwin?

Buat mereka yang bergelar wanita, tahukah anda apa yang lelaki mahukan semasa bercinta sebelum kahwin. Ramai yang beranggapan bahawa lelaki mahukan kasih sayang, perhatian dan cinta. Jika ini yang anda fikirkan, anda sebenarnya telah silap.

Secara majoritinya, lelaki yang bercinta sebelum nikah hanya mahukan SEKS!!! sahaja. Memang bukan semua lelaki adalah jenis ini. Masih ada lagi lelaki yang tidak mengharapkan seks sebelum nikah, tetapi seramai manakah golongan mereka ini?

Sekarang, anda dapat lihat bahana cinta sebelum nikah. Setiap hari pasti ada saja berita tentang kes pembuangan bayi di dada akhbar. Ke manakah perginya sifat kemanusiaan dalam diri mereka? Tidak cukup dengan dosa zina, ditambah lagi dengan dosa membunuh. Memang manusia begini lebih teruk dari binatang.

Buat para wanita, muhasabahlah diri anda. Adakah diri anda sebagai perempuan murahan atau yang mempunyai harga diri yang amat mahal? Jika diri anda seorang yang mudah disentuhi oleh lelaki yang bukan mahram, bermakna harga diri anda amat murah. Anda tidak malu dan segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang tidak halal bagi anda menyentuhnya. Anda tidak kisah jika dipeluk, dicium sekalipun. jika begitu diri anda, memang harga diri anda teramat amat murah sehingga boleh sahaja diumpamakan bahawa anda langsung tidak mempunyai harga diri.

Wanita yang betul-betul menjaga dirinya dari lelaki yang tidak halal baginya merupakan mereka yang mempunyai harga diri yang teramat amat tinggi. Mereka lebih mengutamakan perintah dan larangan dari Allah dari melihat pandangan manusia. Mereka tidak rela disentuh sesuka hati oleh lelaki yang bukan mahramnya. Mereka berusaha untuk menjaga kesucian diri untuk dihadiahkan kepada seorang lelaki yang halal buatnya(suami tercinta). Mereka tidak buta dalam berkorban demi cinta. Mereka rela berkorban demi sebuah cinta yang halal. Bukan untuk cinta yang haram.

Buat wanita, bukalah hatimu, bukalah mindamu, keluarlah dari ruang dosa. Adakah anda sanggup menggadaikan semua yang anda miliki demi sebuah cinta yang haram dan akhirnya anda tersadai apabila ditinggalkan? Lelaki hanya mahukan tubuh anda sahaja. Sudah ramai wanita yang mengalami kondisi ini. Apabila habis madu, sepah dibuang. Jadi, dimanakah nilai pengorbanan anda? Semuanya sia-sia sahaja. Anda perlu ingat, kaum lelaki ini hanya ada 1 nafsu sahaja, berbeza dengan anda yang mempunyai 9 nafsu. Jika 1 nafsu ini bergolak, maka banyaklah berlaku kerosakan di muka bumi ini.

Buat lelaki, ini bukan untuk menghina diri anda, tetapi cuma sebagai menyampaikan sebuah realiti kehidupan. Sebab itulah Islam mengharamkan cinta sebelum nikah untuk mengelakkan berlakunya kemungkaran di muka bumi ini. Cuma terpulang kepada kita sahaja sama ada untuk bertindak mengikut panduan dari Allah atau dipandu oleh nafsu dan syaitan.

Marilah kita sama-sama menaiki bahtera keinsafan. Masih belum terlambat lagi untuk kita kembali ke pelabuhan taubat. Apa yang kita harapkan dalam hidup ini hanyalah redha Allah yang akan membawa kita semua ke Jannah.

Tuesday, April 6, 2010

NOVEL ISTIMEWA


Novel dwilogi sangat menarik untuk santapan minda para penggemar novel. Bahasa yang digunakan dalam novel ini sungguh indah dan menarik. Tidak rugi jika anda memilikinya.

Novel ini boleh memandu para remaja yang tengah mabuk bercinta untuk bercinta mengikut panduan syariat Islam. Bercinta tidak salah tetapi mestilah dipandu berdasarkan landasan Islam. Islam itu syumul. Tidak rugi jika kita mengikut landasan Islam bahkan sebenarnya kita lebih beruntung.

Pengarang ini cuba untuk menunjukkan cara sebenar bagi mereka yang ingin mendapatkan kekasih halal( isteri). Novel ini sungguh berbeza dengan novel-novel cinta yang terdapat di pasaran sekarang. Novel ini menggunakan pendekatan Islamik dalam menyelami cinta yang sebenar. Novel ini mirip kepada novel 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Pak Habib kerana berlantar belakangkan Mesir tetapi mengisahkan tentang pelajar Malaysia yang belajar di sana.

Kepada mereka yang masih belum memiliki novel ini, dapatkanlah dengan segera. Baca dan hayati kandungannya.Pasti anda akan rasa sangat teruja bagaimana caranya untuk mendapatkan cinta denjgan cara yang halal.

Sunday, April 4, 2010

Cinta Remaja

Semakin banyak novel islami yang aku baca, semakin tawar hatiku terhadap cinta remaja. Bagiku kini, cinta remaja hanyalah cinta yang akan menghancurkan diri seseorang. Cinta inilah yang menyebabkan gejala zina berleluasa. Ditambah lagi dengan peningkatan mendadak kes buang anak. Inilah natijahnya cinta remaja.

Cinta remaja semamangnya adalah berlandaskan nafsu semata-mata. Bukan berlandaskan syariat Allah. Namun cinta ini amat disukai oleh belia umat Islam. Cinta inilah yangf emnjatuhkan umat Islam. Cinta inilah yang membuatkan umat Islam tiada beza lagi dengan golongan kafir. Belia Islam telah hancur jati diri keislamannya.

Aku sedih dengan semua ini. Apa yang patut aku buat sebagai amar makruf nahi mungkar. Aku dah buat apa yang aku mampu. Tapi belum tiba lagi masa untuk Allah menunjukkan hasil atas usaha aku. Perancangan Allah penuh dengan hikmah.


Ya Allah, jauhilah aku dari cinta ini. Amiin.....

Tuesday, March 9, 2010

Wahabi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum pembuka bicara..........

Mungkin semua orang dah tahu mengenai fahaman Wahabi ni. Tapi tak semua tahu tentang bahayanya Wahabi. Fahaman ini bukanlah dari golongan Ahli Sunnah wal Jamaah walaupun mereka mengaku bahawa mereka ini dari golongan ahli sunnah. Mereka juga menggelarkan bahawa diri mereka ini golongan salaf/salafi. Semua itu dusta belaka kerana mereka ingin menutup sejarah hitam lagi memalukan golongan mereka.

Sudahkah anda mengkaji tentang sejarah wahabi? Siapakah yang menyebabkan umat Islam di Makkah terpaksa memakan daging anjing untuk meneruskan hidup akibat dikepung oleh tentera Inggeris? Siapakah yang menjadi sekutu AS dan Israel di dunia Arab dengan hanya menonton sahaja penindasan yang berlaku di Palestin?
Ditegaskan sekali lagi bahawa semua dalang-dalang tersebut adalah GOLONGAN WAHABI!!!!!!!!!!!!!!!!.
Mereka sanggup membayar berjuta-juta dolar setiap tahun kepada barat (AS) semata-mata untuk menjaga takhta pemerintahan UAE. Sedangkan mereka hanya melihat sahaja penderitaan saudara Islam mereka di Palestin.

Kita berbalik mengenai wahabi di Malaysia. Mereka ini bukanlah dari golongan ahli sunnah wal jamaah. Ini kerana mereka menyimpang dari segi Tauhid. Mereka mentafsir sifat-sifat ALLAH kepada sifat manusia sedangkan ALLAH tidak menyerupai sesuatu pun sama ada di langit ataupun di bumi. Kita masih boleh terima jika percanggahan yang berlaku hanya dalam bidang fiqah, namun kita tidak boleh sama skali  untuk bertolak ansur jika berlaku percanggahan dalam bidang tauhid.

Kita juga menolak mereka kerana mereka menolak hadis sebagai sumber kedua selepas al-Quran. Mereka hanya menggunakan hadis yang boleh memenuhi keperluan mereka contohnya adalah untuk menguatkan pengaruh.

Mereka juga mengutuk dan menghina ulama-ulama yang muktabar seperti Imam Syafie. Jika anda pernah menonton rancangan al-Kuliyyah yang mana ahli panelnya adalah bekas Mufti dan seorang rakannya, mereka secara terang terangan mengutuk Imam Syafie dlam diskusi mereka. Inikah contoh yang terbaik?
klik link ini (http://www.youtube.com/watch?v=G53J0SR1fQ4&feature=related)

Hebat sangatkah mereka berbanding Imam Syafie. Mereka lebih mengagungkan Imam Muhammadb. Abdul Wahab dan Ibnu Taimiyah. Adakah mereka mengkaji latar belakang 2 orang ini? Imam Syafie yang dari keturunan Nabi Muhammad yang mana Rasulullah SAW ada bersabda yang mana setiap 100 tahun, akan lahir seorang ulama yang akan membetulkan keadaan umat Islam dan Imam Syafie adalh ulama yang dimaksudkan itu. Layakkah mereka menghina Imam Syafie?

inilah pengangan wahabi :
. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Semasa mereka berkomplot dengan pihak barat, semua keturunan Nabi Muhammad telah dibunuh oleh mereka tanpa belas kasihan. Apa salah mereka yang di bunuh ini? Sedarlah anda sekalian. Bebaskan diri anda dari fahaman Wahabi.

Masih banyak lagi kepincangan yang dilakukan oleh golongan ini. Kalaulah anda mengkaji fahaman ini dengan mendalam, anda akan mendapati mereka ini mungkin sudah terkeluar dari Islam. Bukan saya berniat untuk mengkafirkan mereka. Tetapi mereka yang menyebabkan msalah ini timbul. Tetapi sekadar perkongsian ilmu agar anda tidak terpengaruh dengan fahaman ini. Bagi mereka yang terlibat, masih ada waktu bagi anda untuk kembali ke panggkal jalan. Jangan anda tutup hati anda dengan selimut wahabi dan enggan menerima kebenaran.Sedarlah wahai saudaraku....

AWASI BAHAYA WAHABI. ANDA MAMPU MENGUBAH DIRI ANDA

Sunday, March 7, 2010

SHAH ALAM, 8 Mac: Enam sekeluarga yang menyertai perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menerima penghargaan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMI) dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP semalam.
Ismadei Sahnam mewakili isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka iaitu Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial yang hadir ke majlis berkenaan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, menerima cenderahati daripada Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad. (gambar sebelah)
Gambar keluarga berkenaan sewaktu berarak ke istana negara pada 7 Mac 2009 itu dirakamkan jurugambar akhbar rasmi PAS, Harakah, Wan Zahari Wan Salleh yang turut menerima penghargaan daripada GMP.
Sambil mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan, Hassan juga percaya banyak lagi keluarga yang turun meyertai himpunan tahun lalu yang disifatkan sebagi berjaya.
Ismadie yang ditemui selepas itu berkata, beliau dan keluarga tidak menyangka akan menerima penghargaan sedemikian rupa daripada GMI kerana beliau dan isteri membawa anak-anak ke perhimpunan bersejarah itu semata-mata untuk bersama-sama rakyat menzahirkan bantahan terhadap dasar berkenaan.
Akhbar Harakah keluaran minggu lalu sekali lagi menyiarkan gambar mereka sekeluarga sebagai makluman mereka dijemput menghadiri majlis hari ini.
"Saya memang terkejut apabila kawan menghubungi saya baru-baru ini, bagitahu gambar keluarga saya semasa himpunan (anti-PPSMI) tahun lepas keluar Harakah dan pihak Harakah minta saya menghubungi mereka. Saya tidak sangka kami menerima penghargaan ini hari ini," ujarnya.
Isterinya pula, Nor Asyikin berkata, suaminya selalu membawa beliau dan anak-anak menghadiri program-program anjuran Pakatan Rakyat dan mereka mendapat maklumat mengenai himpunan tersebut sewaktu mengahdiri ceramah di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar.
Atas rasa kesedaran perlunya membantah dasar PPSMI, beliau tidak keberatan membawa anak-anak menyertai himpunan tersebut sehingga terkena semburan gas pemedih mata.
"Kami memang selalu pergi program-program Pakatan Rakyat. Kebetulan dapat maklumat pasal himpunan anti PPSMI masa ceramah di Taman Melewar. Kami terus nekad menyertai himpunan itu bersama anak-anak," ceritanya.
GMP mengambil inisiatif mengadakan majlis berkenaan supaya rakyat tidak lupa mengenai perjuangan mereka mendesak kerajaan memansuhkan dasar yang meminggirkan bahasa ibunda itu.
Pengerusi GMP, Hasni Abas yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkata, GMP akan terus menuntut kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 seperti yang dijanjikan.
"Kita akan terus berjuang agar kerajaan memansuhkan dasar ini. Kalau kerajaan mungkir janji, kita tak akan teragak-agalk untuk turun ke jalan raya sekali lagi. Semangat kita masih sama seperti setahun yang lalu," katanya di hadapan kira-kira seratus pencinta bahasa yang hadir termasuk seniman-seniman yang mewakili Gerakan Budayawan Bertindak, Dinsman dan Pyan Habib.
Manakala selain Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, pejuang-pejuang anti PPSMI yang hadir ialah Naib Pengerusi GMP, Prof Dr. Abdullah Hassan, Prof Sharil Muhd Zain, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.
Pada majlis itu juga, buku Kumpulan Esei Budayawan Bertindak Menyokong Perjuangan A. Samad Said dilancarkan oleh Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail.
Buku berkenaan mengandungi 29 himpunan esei antaranya tulisan A. Samad Said sendiri, veteran PAS, Abdul Shukur Harun, kolumnis Lee Ban Cheng, pensyarah Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, dan lain-lain lagi.
Di permulaan majlis, hadirin dihidangkan dengan tayangan video sekitar himpunan yang berjaya mengumpulkan lebih 100,000 rakyat dari seluruh negara tahun lalu, terbitan TVPAS.com.
Majlis berkenaan juga bukan sekadar majlis biasa, kerana turut disertakan dengan sesi dialog dan perkongsian pendapat oleh para aktivis serta cendekiawan Melayu dalam mencari rumus lanjutan supaya dasar PPSMI boleh dimansuhkan lebih awal dari tahun yang dijadualkan.
Pada 7 Mac tahun lalu, GMP berjaya menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada pihak Istana Negara setelah melalui pelbagai halangan termasuk semburan gas pemedih mata dan meriam air daripada pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Tuesday, February 23, 2010

Buku Pilihan Bulan Ini-

 

Kepada semua belia remaja di luar sana yg masih lg blum membaca buku ini, saya sarankan agar anda segera mencari buku ini di kedai-kedai buku berhampiran dan bacalah serta hayatilah kandungan buku ini sebaik mungkin. Kandungan buku ini amat menarik sekali kerana dibawa dalam bentuk penceritaan perjalanan cinta seorang wanita solehah untuk mengecap kebahagiaan sebenar dalam alam rumah tangga.

Buat mereka yang sedang "couple sblum kawin", buku ini insyaAllah boleh menyedarkan anda tentang dosa yang sedang anda lakukan. 

Bukan dengan maksud menyindir mereka yang couple.tp ini cuma perkongsian ilmu sesama insan yang bergelar hamba ALLAH.
Selamat Membaca.....

Thursday, January 14, 2010

sedih

aku dlm ksedihan yang amat sekarang ni. ada antara kwan aku dlu dh jauh berubah. klau brubah dr yg krg baik kpd yg lbih baik tu tak pe la. Tp yg jd adlah sbliknya. Klau dlu, dia la slah seorang dari kaki surau dlm batch aku. tapi sjak dia dah dpat lptop, dia tlah alpa. lupa ttg dirinya yang sblum ini. Adakah patut nikmat yang diberi oleh ALLAH menyebabkan kita lalai? jika inilah yg jadinya, lbih baik dia x mndapat nikmat tersebut. Apa gunanya nikmat tersebut jika boleh lalaikan kita.

aku akui mgkin ini semua berpunca dari pengaruh rakan sebaya. bukan maksud aku nk kntrol pgaulan dia. tapi jganla smpai kwan yg mempengaruhi kita ke arah bnda yg x baik. jadilah diri kita yg sbenar. Jika ada kwan kita yg mempengaruhi kita ke arah kebaikan, maka ikutlah. jika sebaliknya, maka berwaspadalah anda. tidak salah jika anda mahu berkawan dgn siapa pun. tapi pandai2 la fkir sndiri yg mn satu baik buruknya.

kepada smua shabatku, ingatlah bhawa aku amat menyanyangi kalian sebagai shabat.......

Wednesday, January 13, 2010

Isteri curang

Assalamualaikum w.b.t..

Setelah lama aku bercuti dari online, baru sekarang aku dapat publish new post.Ada banyak benda dan isu yang menarik perhatian aku selama aku menyepi selama ini.Dan isu  yang paling menarik perhatian aku ialah mengenai peningkatan kes isteri berlaku curang dengan suami mereka. Aku termenung panjang apabila terbaca mengenai perkara ini dalam akhbar. Apa dah jadi dengan masyarakat Islam sekarang???

Aku masih ingat lagi pada 9/1/10, aku terbaca 4 berita mengenai kes isteri curang dalam KOSMO. Begitu dahsyatnya masyarakat kita sekarang ini. Ada salah satu dari kes itu, ada yang tertangkap dengan suami sendiri. Si suami sempat lagi melihat adegan seks yang dilakukan oleh isteri mereka dengan orang lain depan mata sendiri. Aku tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan si suami tersebut apabila melihat perbuatan si isteri. Hancur luluh hati mereka apabila diperlakukan sebegitu rupa.

Selepas terbaca berita tersebut, aku termenung. Bagaimanakah dengan isteri aku pada masa depan nanti?? Aku jadi takut. Takut dengan semua ni.Aku berharap sangat aku dijauhkan dari semua ni. Aku dah tengok banyak sangat keruntuhan dan kejatuhan umat Islam di Malaysia ni. Aku dah tengok kerosakan yang telah melanda bakal-bakal ustaz dan ustazah di Kuala Lumpur ni. Nama je ustaz dan ustazah, tapi perangai tak tau nk cakap la. Bagaimana dengan generasi selepas aku nanti? Apa yang akan terjadi kepada mereka?

Kepada mereka yang dah berumah tangga, jagalah rumah tangga anda. Jauhkanlah bala ini dari melanda keluarga anda. Perkara ini merupakan TUBA yang sangat beracun kepada keluarga dan masyarakat. Ingatlah balasan yang ALLAH telah sediakan kepada mereka yang tersesat.

Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari semua ini. Kurniakanlah aku isteri dan zuriat-zuriat yang soleh solehah.