Monday, October 19, 2009

AKU KESEDIHAN

Salam untuk semua umat islam..

Setelah hampir 5 bulan aku menuntut di institut perguruan dan bergaul dengan bakal-bakal cikgu, kadang- kadang perasaan aku menjadi hiba melihatkan keadaan bakal-bakal guru yang akan dilahirkan untuk mendidik generasi yang akan datang. Aku sedih bila mana aku melihat ramai kawan-kawan aku yang terkena 'culture shock' di bandar. Ada yang sanggup berubah ke arah yang lebih negatif bila mereka gagal menjaga diri dan terikut-ikut dengan budaya dan peribadi orang lain.

Ada kawan aku yang betul-betul berubah. Aku xla kata aku ni tergolong dlam golongan orang yang baik. Tapi aku cuba untuk menjaga diri aku. Aku cuba untuk menjadi hamba yang tak lupakn nikmat dari-Nya walaupun ada kalanya aku pun turut terleka dengan nikmat dunia yang ada di sekeliling aku. Tapi aku cukup bersyukur kerana ada teman yang dapat membantu aku untuk kembali ke jalan benar.

Sepanjang menuntut di maktab, aku sangat dahagakan majlis ilmu agama. Jika boleh, aku mahu majlis ilmu ini dibuat hari-hari. Aku sudah berasa ckup dengan ilmu dunia yang aku dpat ssetiap hari. Aku juga perlukan santapan rohani setiap hari.

tak lama lagi aku akan exam. Semester aku akan berakhir. Majlis ilmu aku di sini juga akan berakhir. Aku rasa sangat sedih. Aku sayangkan majlis ilmu ini. Aku terpaksa merantau pada next semester untuk mncari majlis ilmu sebab aku sangat memerlukan santapan rohani.

Mungkin Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk diriku. InsyaAllah....

Wassalam.................

Tuesday, October 13, 2009

TOLONG AKU!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum......

Ya ALLAH.... Kuatkan hati aku dari digoda nafsu yang durjana...Aku terperangkap dalam masalah hati mengenai couple..Aku hidup dalam suasana yang masyarakat sedang mabuk bercouple..Jadi nafsu ku turut memberontak untuk bercouple..Aku tak sanggup lagi kembali ke lembah yang hina itu..Hatiku sedang goyah..Ramai kawan-kawan aku yang sedang bercouple sampai aku pun ingin turut serta..

Aku tak nak couple selagi tak kawin. Aku nak bercinta selepas kawin kerana cinta begini lebih indah dari cinta sebelum kawin..Aku tak nak masuk ke lembah maksiat..Aku tak nak menjatuhkan maruah Islam..Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menolak perasaan ini..Kuatkanlah cinta aku kepada MU dan cinta aku kepada rasul-MU..Kuatkanlah cinta aku kepada ibu bapa ku..

Tolong Selamatkan Aku dari Krisis Jiwa ini............

Wednesday, October 7, 2009

AWAS!!!! JAUHI FAHAMAN WAHABI

Telah lama aku tak publish new post. Mula je lpas raya, banyak asgment yang perlu aku hantar sampai adakalanya aku tak sempat nak tido malam dan terpaksa berjaga hingga ke pagi

Dalam kuliah Ustaz Asha'ari yang pertama selepas raya, ustaz ad menyentuh mengenai fahaman wahabi sampai dia tak sempat untuk meneruskan kuliah fiqah islam mengenai perkara muamalat.
Dalam kita tidak sedari, fahaman ini sudah hampir menguasai negara kita. Mereka sudah berjaya menguasai sistem pendidikan di negara ini dengan mengajarkan tauhid 3 sifat (uluhiyyah, rububiyah dan asma' was sifat) dan menolak sifat 20 (sifat wajib bagi ALLAH).

Jika perkara yang mereka bawa hanya berlainan dalam bidang fiqah sahaja, kita masih boleh menerima mereka. Namun, mereka juga turut jauh terpesong dalam perkara ketuhanan (tauhid) dengan menafsirkan sifat-sifat ALLAH menggunakan akal fikiran mereka sendiri. Contohnya, mereka mengatakan bahawa Allah berehat di atas arasy setelah penat mencipta alam ini selama 7 hari. Mereka telah menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang lemah.

Kebanyakkan mereka yang membawa ajaran ini adalah mereka yang menuntut di negara-negara Arab kerana di sana , fahaman ini telah sebati dengan mereka. Pada zaman sebelum merdeka dahulu, golongan ini juga dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka aktif menentang Kaum Tua yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah.

Wahabi telah dapat bertapak kukuh di negeri Perlis darul Sunnah, tapi mereka menolak perkara sunnah. meraka juga merupakan golongan anti hadis dan adakalanya mereka menggunakan hadis untuk memenuhi nafsu mereka. Mereka sanggup menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kepada semua muslimin dan muslimah, kita sekarang berada di zaman teknologi maklumat. Gunalah internet yang ad sekarang untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai fahaman ini. Kajilah sejarah mereka yang sangat memalukan. Ambillah iktibar dari apa yang sudah berlaku.

HATI-HATI DENGAN GERAKAN ANTI-ISLAM SEKARANG!!!!!!!