Wednesday, October 7, 2009

AWAS!!!! JAUHI FAHAMAN WAHABI

Telah lama aku tak publish new post. Mula je lpas raya, banyak asgment yang perlu aku hantar sampai adakalanya aku tak sempat nak tido malam dan terpaksa berjaga hingga ke pagi

Dalam kuliah Ustaz Asha'ari yang pertama selepas raya, ustaz ad menyentuh mengenai fahaman wahabi sampai dia tak sempat untuk meneruskan kuliah fiqah islam mengenai perkara muamalat.
Dalam kita tidak sedari, fahaman ini sudah hampir menguasai negara kita. Mereka sudah berjaya menguasai sistem pendidikan di negara ini dengan mengajarkan tauhid 3 sifat (uluhiyyah, rububiyah dan asma' was sifat) dan menolak sifat 20 (sifat wajib bagi ALLAH).

Jika perkara yang mereka bawa hanya berlainan dalam bidang fiqah sahaja, kita masih boleh menerima mereka. Namun, mereka juga turut jauh terpesong dalam perkara ketuhanan (tauhid) dengan menafsirkan sifat-sifat ALLAH menggunakan akal fikiran mereka sendiri. Contohnya, mereka mengatakan bahawa Allah berehat di atas arasy setelah penat mencipta alam ini selama 7 hari. Mereka telah menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang lemah.

Kebanyakkan mereka yang membawa ajaran ini adalah mereka yang menuntut di negara-negara Arab kerana di sana , fahaman ini telah sebati dengan mereka. Pada zaman sebelum merdeka dahulu, golongan ini juga dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka aktif menentang Kaum Tua yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah.

Wahabi telah dapat bertapak kukuh di negeri Perlis darul Sunnah, tapi mereka menolak perkara sunnah. meraka juga merupakan golongan anti hadis dan adakalanya mereka menggunakan hadis untuk memenuhi nafsu mereka. Mereka sanggup menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kepada semua muslimin dan muslimah, kita sekarang berada di zaman teknologi maklumat. Gunalah internet yang ad sekarang untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai fahaman ini. Kajilah sejarah mereka yang sangat memalukan. Ambillah iktibar dari apa yang sudah berlaku.

HATI-HATI DENGAN GERAKAN ANTI-ISLAM SEKARANG!!!!!!!

No comments:

Post a Comment