Monday, October 19, 2009

AKU KESEDIHAN

Salam untuk semua umat islam..

Setelah hampir 5 bulan aku menuntut di institut perguruan dan bergaul dengan bakal-bakal cikgu, kadang- kadang perasaan aku menjadi hiba melihatkan keadaan bakal-bakal guru yang akan dilahirkan untuk mendidik generasi yang akan datang. Aku sedih bila mana aku melihat ramai kawan-kawan aku yang terkena 'culture shock' di bandar. Ada yang sanggup berubah ke arah yang lebih negatif bila mereka gagal menjaga diri dan terikut-ikut dengan budaya dan peribadi orang lain.

Ada kawan aku yang betul-betul berubah. Aku xla kata aku ni tergolong dlam golongan orang yang baik. Tapi aku cuba untuk menjaga diri aku. Aku cuba untuk menjadi hamba yang tak lupakn nikmat dari-Nya walaupun ada kalanya aku pun turut terleka dengan nikmat dunia yang ada di sekeliling aku. Tapi aku cukup bersyukur kerana ada teman yang dapat membantu aku untuk kembali ke jalan benar.

Sepanjang menuntut di maktab, aku sangat dahagakan majlis ilmu agama. Jika boleh, aku mahu majlis ilmu ini dibuat hari-hari. Aku sudah berasa ckup dengan ilmu dunia yang aku dpat ssetiap hari. Aku juga perlukan santapan rohani setiap hari.

tak lama lagi aku akan exam. Semester aku akan berakhir. Majlis ilmu aku di sini juga akan berakhir. Aku rasa sangat sedih. Aku sayangkan majlis ilmu ini. Aku terpaksa merantau pada next semester untuk mncari majlis ilmu sebab aku sangat memerlukan santapan rohani.

Mungkin Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk diriku. InsyaAllah....

Wassalam.................

No comments:

Post a Comment