Monday, August 31, 2009

bakal pendidik???





Inilah bakal pendidik yang akan mendidik generasi kita pada masa hadapan. Adakah anda ingin pendidik sebegini untuk mendidik anak-anak anda? ada pepatah mengatakan, jika guru kencing berdiri, anak didik kencing berlari. Jika seorang guru itu rosak,dia akan merosakkan satu generasi.bukan merosakkan hanya dua tiga orang sahaja. Anda mahukah jika anak anda menjadi rosak di sebabkan dididik oleh guru yang rosak???Saya percaya,tiada seorang pun ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi rosak..Anda masih mampu untuk mengubah semua ini....

MERDEKA???




Pada tanggal 28/8/2009,aku telah berkampung di putrajaya bersama semua pelajar ipgm dari seluruh negara. Suasana sungguh menyedihkan pada hari pertama. Pergaulan antara lelaki dengan wanita terlalu bebas tanpa kawalan dari pihak penganjur apatah lagi perkara ini berlaku di bulan ramadan.Pada malamnya,hanya beberapa kerat dari pelajar IPGM yang turun ke surau untuk solat berjemaah.kebanyakannya menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan 'couple' masing-masing. Aku sungguh sedih melihat keadaan ini.

Keesokannya,kami dibawa ke Parlimen seawal jam 5.30 am untuk latihan koir(yang sebenarnya hanya jadi pasukan sorak jalanan sahaja untuk menyambut bapak2 dan ibu2 menteri BN!!)..Pada mulanya,kami diberitahu yang kami akan menunaikan solat subuh di Masjid Besi.Namun apa yang menyedihkan,kami terus dibawa ke Parlimen dan tidak dibenarkan solat Subuh..Wow!!!!Inilah Islam Hadhari yang lebih mementingkan latihan bersorak dari solat....Aku rasa sungguh marah.AKU NAK SOLAT!!!!!!!!!!!!!!
Mungkin wakil pihak penganjur(BPG) pun tidak solat.Sebab tu diorang tak bagi kami solat..Aku pulang ke Putrajaya dengan hampa(sebab terpaksa qadha solat subuh)..
Pada sebelah malamnya,aku tidak dapat solat terawih disebabkan terpaksa mengambil alat untuk latihan sorak jalanan.

Pada 30/8/2009,latihan sorak jalanan hanya diadakan berhampiran kediaman kami d putrajaya.Jadi,dapat la kami solat!!!! Tapi yang menyedihkan,pergaulan bebas masih menjadi perkara biasa tanpa kawalan.lelaki dan perempuan bebas untuk bersuka ria,bergurau senda dan bertepuk mesra.Pelajar Islam sama naik dengan pelajar bukan Islam.
Apa yang lebih parah lagi ialah apabila dibuat malam ambang merdeka.semua pelajar dikumpulkan diatas jalan dan agenda pun bermula dengan acara bertepik dan bersorak.disambung lagi dengan acara nyanyian oleh wakil-wakil IPGM(bakal guru).Kalau nak sebut bab pergaulan,anda semua sememangnya dah tahu.memang terlampau bebas..Bakal2 guru hilang peribadi pada malam ini.Bukan semua,tapi hanya sesetengah je la sebab ada di antara kami yang di paksa untuk menyertai majlis maksiat ini.Bagi sesetengah orang,perkara ini merupakn satu acara yang meriah.
Mujurlah merdeka tahun ini disambut dalam bulan ramadan.Jika tidak,sudah pasti diadakan pertandingan nyanyian di antara IPGM seluruh Malaysia.Alasan mereka,_"ingin menghormati bulan ramadan"..tapi pada hakikatnya,adakah mereka BETUL-BETUL menghormati bulan Ramadan in??????

Thursday, August 27, 2009

SALAM KEMENANGAN....

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH,brsyukur kita pada ILAHI kerana dengan izin-NYA PAS telah menang dalam pilihan raya Permatang Pasir walau pun pada awalnya pihak umno telah membuat dakwaan palsu bahawa pihak PAS telah membawa masuk pengundi hantu..

Sekali dengar, memang terasa kelakar dan lucu. Adakah pihak PAS yang membawa masuk hantu berkampung di Permatang Pasir sedangkan amalan itu merupakan amalan darah daging BN????? Adakah PAS yang mengawal SPR sehingga dapat mendaftarkan sebegitu banyak jumlah pengundi hantu???
Bagi saya,pihak BN amat ketandusan isu sehingga berani menghina ulama.Buat warga BN, ingatlah bahawa anda bukan menghina orang biasa,tetapi anda telah menghina seorang pewaris Nabi dan anda tunggulah bala @ musibah yang akan menimpa anda di atas kebecokan mulut anda yang dikawal oleh hawa nafsu...

Insaf la.....

KONSEP 1 MALAYSIA

saban hari kita mendengar slogan 1malaysia yg dicanang-canang oleh kerajaan BN. tapi adakah anda tahu tentang asal usul konsep tersebut????

ramai yang berpendapat bahawa konsep ini lahir dari idea pak najib. jika anda juga fikir begitu,ini bermakna anda salah kerana sememangnya konsep tersebut di adaptasi dari konsep yang mula diperkenalkan oleh negara musuh utama umat islam iaitu 'ISRAEL'...

pada tahun 80-an,negara yahudi itu telah memperkenalkan konsep 1 Israel..dan pada tahun 90-an,konsep tersebut telah digunakan oleh ex-pm israel iaitu ehud barak dalam kempen pilihan raya.dan pada tahun 2009,konsep tersebut telah di adaptasi oleh PM KITA,PAK NAJIB dalam usaha untuk menarik sokongan rakyat bagi menyelamatkan kerajaan BN.

Najib telah menjadi semacam kroni yahudi apabila mengadaptasi konsep 1 malaysia dari konsep 1 israel.bkn itu saja.beliau juga telah mengupah syarikat perunding israel untu menjadi perunding baginya dalam menjalankan urusan pentadbiran. dan tidak lama lagi syarikat perunding tersebut akan membuka cawangannya d malaysia dan secara langsungnya malaysia menjalinkan hubungan dengan negara yahudi tersebut.

WAHAI ANDA SEMUA....ANDA MAHUKAH NEGARA KITA MENJADI SEPERTI NEGARA PALESTIN???ANDA RELAKAH NEGARA ANDA BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL???

AYUH KITA JATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!!!!!1

Monday, August 24, 2009

APA DAH JADI DENGAN PKR??

Sejak wujudnya jenama Pakatan Rakyat selepas PRU-2008,minat aku terhadap politik semakin berkurang disebabkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang dilihat lebih menguasai suasana politik pembangkang setelah berjaya mnguasai beberapa buah negeri di Malaysia.

Bukan aku ingin pecah belahkan PR,tapi alangkah lebih baik jika PR diterajui oleh PAS sebab dasar PAS lebih bersifat Islamik jika nak dibandingkan dengan PKR yang lebih bersifat sekular.
Kesannya dapat dilihat sekarang apabila timbul banyak krisis dalaman parti. Apa yang paling parah, ada beberapa ADUN PKR yang telah mengkhianati amanah 'rakyat' apabila bertindak lompat dan keluar dari parti. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai asas yang jelas seperti yang dimiliki oleh semua ADUN PAS. Contohnya apa yang berlaku kepada beberpa orang ADUN PAS di Kelantan.Mereka telah menolak tawaran dari 'barua' UMNO yang berjumlah berjuta-juta ringgit untuk melompat parti.

Tapi tengok pula apa yang terjadi di Perak sehingga menyebabkan krisis politik di Perak. Ini semua disebabkan oleh beberapa pengkhianat dari ADUN PKR yang dibayangi oleh skandal rasuah diri sendiri telah melompat parti setelah menerima tawaran dari barua-barua UMNO.
pada 23 ogos 2009 pula,seorang ADUN PKR di Kedah(Lunas) telah bertindak keluar dari PKR dan mengisytiharkan sebagai bebas.

Jadi apa lagi yang diharapkan dari PKR???jika dulu kekuatannya hanya bergantung kepada PAS,tetapi tidak lagi sekarang..1 nasihat untuk PKR,sila tapis terlebih dahulu calon yang akan bertanding bagi parti anda supaya sejarah tidak akan berulang lagi.......

PILIHAN RAYA PERMATANG PASIR

Esok,pilihan raya Permatang Pasir akan diadakan. Jadi, marilah kita semua mendoakan akan kemenangan PAS supaya perjuangan Islam d Malaysia dapat diteruskan.

Takbir!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!

Friday, August 21, 2009

CINTA @ COUPLE

Apa itu cinta??
Ada apa dengan cinta??

Ini adalah antara beberapa persoalan yang biasa tentang cinta. Namun masih terdapat banyak lagi mengenai cinta. Amat jarang sekali orang bertanya soalan-soalan begini:
"Adakah couple itu dibenarkan?"
"Adakah cinta itu halal?"
"Bagaimanakah couple menurut Islam?"

Islam adalah satu agama yang syumul. Islam telah melengkapi semua urusan manusia sejak sebelum lahir lahir ke dunia lagi sehinggalah sampai ke hari akhirat kelak. Islam menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain. Tetapi perintah ini jangan di salah faham. Terdapat segolongan manusia yang telah menggunakan ayat ini semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Islam telah menyediakan landasan kepada umatnya untuk berkasih sayang.

Bagi menjawab soalan yang pertama, couple adalah di benarkan. Tapi hanya selepas kahwin. Tidak ada couple sebelum kahwin dan ber'couple' sebelum kahwin hukumnya adalah HARAM!!! Ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah:
"DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA......"

Ada yang membuat alasan mereka hanya bercinta jarak jauh dan tidak melakukan perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada perbuatan zina.
Mereka sebenarnya lupa bahawa zina itu terdapat dalam banyak bentuk. Antaranya ialah:
1. zina mata
2. zina tangan
3. zina kaki
4.zina mulut
5.zina hati
6.zina kemaluan

memang la mereka mungkin tidak membuat zina mata,tangan,kaki,mulut dan juga kemaluan. Tetapi belum pasti lagi mereka tidak membuat zina hati.(rasa rindu-merindui). semua ini adalah perkara yang boleh menghampirkan diri kita kepada perbuatan zina.
Bercouple selepas kahwin merupakan suatu yang sangat indah dan boleh menjamin hubungan yang harmoni. Ingin saya tinggalkan satu persoalan kepada anda. Jika anda telah ber'couple' sebelum kahwin dan ditakdirkan anda ada jodoh dengan couple anda tersebut,apa lagi yang anda ingin 'couple'kan lagi selepas berkahwin dengannya.

Yang kedua ialah mengenai adakah cinta itu halal..
cinta adalah halal tetapi tidak semua cinta itu halal.. Cinta kepada manusia adalah halal tetapi menjadi haram apabila cinta itu menghala ke arah kemaksiatan (cinta sebelum kahwin & cinta yang menyebabkan hubungan sesama jenis).
Cinta adalah halal jika mengikut panduan @ manual yang telah disediakan oleh ALLAH SWT.

Seterusnya ialah bagaimana untuk ber'couple' menurut Islam.
Caranya amat mudah. Tidak rumit walau sekelumit pun tetapi ia memerlukan iman yang MANTOP!!! Caranya telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW iaitu ber'couple' selepas kahwin
. Jadi,marilah kita sama-sama mengikut landasan yang telah di tetapkan oleh ALLAH SWT....