Monday, August 31, 2009

MERDEKA???




Pada tanggal 28/8/2009,aku telah berkampung di putrajaya bersama semua pelajar ipgm dari seluruh negara. Suasana sungguh menyedihkan pada hari pertama. Pergaulan antara lelaki dengan wanita terlalu bebas tanpa kawalan dari pihak penganjur apatah lagi perkara ini berlaku di bulan ramadan.Pada malamnya,hanya beberapa kerat dari pelajar IPGM yang turun ke surau untuk solat berjemaah.kebanyakannya menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan 'couple' masing-masing. Aku sungguh sedih melihat keadaan ini.

Keesokannya,kami dibawa ke Parlimen seawal jam 5.30 am untuk latihan koir(yang sebenarnya hanya jadi pasukan sorak jalanan sahaja untuk menyambut bapak2 dan ibu2 menteri BN!!)..Pada mulanya,kami diberitahu yang kami akan menunaikan solat subuh di Masjid Besi.Namun apa yang menyedihkan,kami terus dibawa ke Parlimen dan tidak dibenarkan solat Subuh..Wow!!!!Inilah Islam Hadhari yang lebih mementingkan latihan bersorak dari solat....Aku rasa sungguh marah.AKU NAK SOLAT!!!!!!!!!!!!!!
Mungkin wakil pihak penganjur(BPG) pun tidak solat.Sebab tu diorang tak bagi kami solat..Aku pulang ke Putrajaya dengan hampa(sebab terpaksa qadha solat subuh)..
Pada sebelah malamnya,aku tidak dapat solat terawih disebabkan terpaksa mengambil alat untuk latihan sorak jalanan.

Pada 30/8/2009,latihan sorak jalanan hanya diadakan berhampiran kediaman kami d putrajaya.Jadi,dapat la kami solat!!!! Tapi yang menyedihkan,pergaulan bebas masih menjadi perkara biasa tanpa kawalan.lelaki dan perempuan bebas untuk bersuka ria,bergurau senda dan bertepuk mesra.Pelajar Islam sama naik dengan pelajar bukan Islam.
Apa yang lebih parah lagi ialah apabila dibuat malam ambang merdeka.semua pelajar dikumpulkan diatas jalan dan agenda pun bermula dengan acara bertepik dan bersorak.disambung lagi dengan acara nyanyian oleh wakil-wakil IPGM(bakal guru).Kalau nak sebut bab pergaulan,anda semua sememangnya dah tahu.memang terlampau bebas..Bakal2 guru hilang peribadi pada malam ini.Bukan semua,tapi hanya sesetengah je la sebab ada di antara kami yang di paksa untuk menyertai majlis maksiat ini.Bagi sesetengah orang,perkara ini merupakn satu acara yang meriah.
Mujurlah merdeka tahun ini disambut dalam bulan ramadan.Jika tidak,sudah pasti diadakan pertandingan nyanyian di antara IPGM seluruh Malaysia.Alasan mereka,_"ingin menghormati bulan ramadan"..tapi pada hakikatnya,adakah mereka BETUL-BETUL menghormati bulan Ramadan in??????

No comments:

Post a Comment