Tuesday, August 18, 2009

HIDUP KITA

Sudah banyak aku meneliti kehidupan manusia. Ada bermacam-macam jenis manusia. Aku pun hairan kenapa manusia cepat berubah.kadang-kadang tidak sampai seminit. Manusia akan bertukar keperibadiannya. Ada yang terpaksa berubah. Dan ada yang sengaja berubah.

MANUSIA SEMUANYA BERSIFAT HIPOKRIT?????
pasti kenyataan ini menimbulkan pandangan yang berbeza bagi setiap orang. Ada yang menerimanya, dan ad yang menolaknya. Pada pendapat saya, tidak semua manusia bersifat hipokrit. mungkin kerana peredaran zaman telah banyak merubah manusia menjadi bersifat hipokrit.Contohnya pada zaman Rasulullah SAW, Baginda merupakan manusia yang jujur dan tidak hipokrit. Keperibadian Baginda telah mendidik keperibadian para sahabat-sahabatnya menjadi seorang yang jujur dan tidak hipokrit. Kesannya,mereka telah mencapai kegemilangan dalam hidup mereka dan sekali gus membentuk generasi yang gemilang.

Namun,zaman yang terus beredar dan terdapat bermacam-macam peristiwa dan sejarah yang berlaku telah menyebabkan manusia turut berubah. Manusia sanggup berubah untuk mencapai cita-cita mereka di dunia sampai mereka terlupa tanggungjawab kepada PENCIPTA MEREKA. Mereka sanggup,berbohong, membuat fitnah, mengadu domba dan sebagainya semata-mata untuk sesuatu yang hanya bersifat sementara.

ALLAH berfirman:
Dan tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku.

Jadi,berdasarkan firman ALLAH di atas,apa yang kita harus lakukan. Adakah kita mesti terus terleka dengan dunia kita semata-mata untuk kesenangan sementara di dunia dan melepaskan kesenangan yang abadi di akhirat sana. Alangkah ruginya manusia ini. Mensia-siakan hidupnya untuk mendapatkan sesuatu yang masih belum pasti.

Aku sedih dengan semua ini. Aku bukan manusia yang sempurna. Aku juga manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan. Tika aku sedar dan berada di dalam naungan rahmah dan hidayah ALLAH, aku berusaha untuk menghindari semua itu. Namun,di saat aku terleka, aku juga turut sama membuat perkara yang aku benci. Dan kadang-kala aku berasa seronok dengannya walaupun aku tahu, perkara itu salah. Namun apabila nafsu sudah menguasai diri,kita hilang budi pekerti. Kita hilang kesedaran diri dan apa yg kita takut ialah kita semakin jauh dengan ILAHI.


SEDARLAH WAHAI UMMAH YANG TERPILIH!!!!!!1

No comments:

Post a Comment