Friday, August 21, 2009

IMAN VS NAFSU

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah.. akhirnya kita semua dapat berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan untuk menguji dan mendidik manusia untuk menjadi insan yang kuat dari segi rohani dan jasmani.
Pada bulan ini, iman kita di uji dengan lapar dan dahaga. Iman kita juga di uji dengan godaan nafsu yang sudah sekian lama menguasai tubuh badan kita. Semua hidupan mempunyai nafsu. Nafsu yang ada pada manusia berlainan dengan nafsu yang ada pada haiwan. Manusia dikurniakan "akal" oleh ALLAH SWT untuk mengawal nafsu yang ada dalam diri kita. Kita juga dikurniakan oleh ALLAH SWT "qalbu" untuk mengawal nafsu dari bermaharajalela dalam diri kita. Untuk itu, "qalbu" itu mestilah di isi dengan iman yang jitu untuk melawan godaan nafsu...
Ramai yang berpendapat bahawa pada bulan Ramadan,syaitan akan dibelenggu dan manusia akan berubah menjadi baik. Pendapat ini ada betulnya kerana pada bulan ini, kita semua berasa lebih senang untuk beribadat. Tetapi kenapa masih ada manusia yang terus lalai dan leka dalam bulan ini??...Jawapannya, adalah disebabkan diri mereka itu telah dikuasai oleh nafsu yang telah di tanam oleh syaitan laknatullah... Hati mereka ini telah mati. Tiada lagi cahaya keimanan yang boleh memasuki hatinya melainkan dengan hidayah ALLAH SWT.
Bagi mereka yang hatinya telah mati, kedatangan dan pemergian bulan Ramadan di lihat sebagai biasa sahaja. Hanya menganggap ianya hanya sebagai putaran waktu sahaja. Ramadan datang dan berlalu begitu sahaja tanpa di ambil sebarang keberkatan pada bulan tersebut. Amalan berpuasa hanya di anggap sebagai satu adat sahaja. Ini lebih elok lagi dari yang langsung tidak berpuasa.......

Saudaraku sekalian...
Marilah kita sama-sama berjihad melawan nafsu. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:"Jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu"..
Jihad melawan nafsu ini bukannya satu perkara yang mudah. Dalam sesetengah keadaan, iman kata "tak nak",tapi nafsu katakan "nak". Diri kita akan tersepit di tengah-tengah dan jika iman kita pada masa itu lemah keadaannya, nafsu akan bersorak kegembiraan kerana telah dapat menguasai manusia.
Iman yang kuat menjadi benteng untuk diri kita dari dikuasai hawa nafsu. Seseorang muslim itu tidak akan mencuri selagi imannya mantap. Seseorang muslim tidak akan minum arak selagi mana imannya masih mantap dan seseorang muslim itu tidak akan berzina selagi mana imannya masih sempurna.(keterangan dari hadis Rasulullah SAW).

JOM SAUDARAKU. KITA PERANGI NAFSU HABIS-HABISAN. BIARKAN SYAITAN LAKNATULLAH MENANGIS KEKECEWAAN. JANGAN BIARKAN MEREKA BERSORAK ATAS KELEKAAN KITA!!!!!

No comments:

Post a Comment