Thursday, August 20, 2009

RAMADAN SEMAKIN HAMPIR


Assalamualaikum.....

Alhamdulilah.Syukur kita kepada ALLAH SWT kerana masih di panjangkan lagi umur kita untuk menjalani hidup sebagai hamba ALLAH SWT di muka bumi ini.

Wahai sudaraku sekalian,
Bulan Sya'ban kini sudah berada di penghujungnya.Perbanyakkanlah doa kiata di bulan ini.Rasulullah pernah mengajar para sahabat dengan doa ini:
"ALLAHUMMA BAARIKLANA FI RAJAB WA SYA'BAN WA BALIGHNA RAMADAN".

Sedar tidak sedar,kita semua sudah menghampiri bulan yang penuh mulia.Bulan yang di dalamnya terdapat banyak kelebihan,penuh keberkatan dan bulan yang penuh rahmat dari ALLAH SWT.Bulan ini juga merupakan satu bulan yang paling dinanti-nantikan oleh hamba ALLAH yang beriman kerana mereka tahu apa yang terdapat dalam bulan yang mulia ini.

Saudaraku sekalian,
Bulan ini dapat dilihat dari bermacam-macm pandangan.Jika hanya dilihat dari segi pandangan mata sahaja,kita hanya nampak suasana di bulan Ramadan sahaja.Kita hanya nampak adanya diadakan Pasar Ramadan.Adanya jualan buah kurma yang sudah menjadi adat kepada kita semua di bulan ini.Pandangan mata sahaja tidak memberi apa-apa kelebihan kepada mereka yang tahu apa yang ada di sebalik Ramadan ini.

Ada juga manusia yang melihat Ramadan ini dari pandangan nafsu.Mereka berpendapat yang mereka terpaksa berlapar di siang hari pada bulan ini dan hanya memikirkan apa yang mereka akan makan semasa berbuka nanti.Jadi untuk itu,mereka akan membuat persiapan untuk berbuka puasa mengikut hawa nafsu mereka.Pantang sahaja nampak makanan sedap,terus dibelinya sampai makanan yang dibeli melebihi keperluan.Maka akan berlakulah pembaziran yang jelas sekali tidak disukai ALLAH SWT.Firman-NYA:

"SESUNGGUHNYA ORANG YANG MEMBAZIR ITU ADALAH SAUDARA SYAITAN".

Adakah anda ingin menjadi saudara mereka? Sama-sama berenang bersama mereka di dalam neraka ALLAH yang amat dahsyat????

Selain itu,ada juga yang melihat puasa ini dari pandangan akal.Mereka menganggap yang puasa ini membawa manfaat dari segi kesihatan.Pada bulan puasa,sistem penghadaman kita dapat di rehatkan.Selama 11 bulan sistem penghadaman kita bekerja dan ia juga memerlukan sedikit masa untuk berehat.Jadi dengan berpuasa,kiata dapat memperbaiki sistem penghadaman kita
Pandangan ini tidak salah kerana ia merupakan salah satu daripada kebaikan berpuasa.

Mereka yang paling beruntung ialah mereka yang melihat bulan ini dari pandangan mata hati.Mereka yang melihat menggunakan mata hati mereka akan dapat menyelami kelebihan bulan Ramadan ini.Mereka tahu bahawa ALLAH SWT telah menyediakan banyak kelebihan ganjaran kepada hambaNya yang cuba mendapatkan tawaranNya...

Jadi saudaraku,
Anda melihat Ramadan ini dari sudut apa? Adakah anda melihat Ramadan ini dari sudut pandangan mata,akal,nafsu atau mata hati?

Marilah kita semua sama-sama muhasabah diri. Dimanakah diri kita berada sekarang??

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
kepada anda semua.......

p/s: sama-samalah kita penuhi Ramadan kita ini dengan amal ibadat yang ikhlas hanya kepada ALLAH SWT semata-mata

No comments:

Post a Comment