Friday, August 21, 2009

CINTA @ COUPLE

Apa itu cinta??
Ada apa dengan cinta??

Ini adalah antara beberapa persoalan yang biasa tentang cinta. Namun masih terdapat banyak lagi mengenai cinta. Amat jarang sekali orang bertanya soalan-soalan begini:
"Adakah couple itu dibenarkan?"
"Adakah cinta itu halal?"
"Bagaimanakah couple menurut Islam?"

Islam adalah satu agama yang syumul. Islam telah melengkapi semua urusan manusia sejak sebelum lahir lahir ke dunia lagi sehinggalah sampai ke hari akhirat kelak. Islam menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain. Tetapi perintah ini jangan di salah faham. Terdapat segolongan manusia yang telah menggunakan ayat ini semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Islam telah menyediakan landasan kepada umatnya untuk berkasih sayang.

Bagi menjawab soalan yang pertama, couple adalah di benarkan. Tapi hanya selepas kahwin. Tidak ada couple sebelum kahwin dan ber'couple' sebelum kahwin hukumnya adalah HARAM!!! Ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah:
"DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA......"

Ada yang membuat alasan mereka hanya bercinta jarak jauh dan tidak melakukan perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada perbuatan zina.
Mereka sebenarnya lupa bahawa zina itu terdapat dalam banyak bentuk. Antaranya ialah:
1. zina mata
2. zina tangan
3. zina kaki
4.zina mulut
5.zina hati
6.zina kemaluan

memang la mereka mungkin tidak membuat zina mata,tangan,kaki,mulut dan juga kemaluan. Tetapi belum pasti lagi mereka tidak membuat zina hati.(rasa rindu-merindui). semua ini adalah perkara yang boleh menghampirkan diri kita kepada perbuatan zina.
Bercouple selepas kahwin merupakan suatu yang sangat indah dan boleh menjamin hubungan yang harmoni. Ingin saya tinggalkan satu persoalan kepada anda. Jika anda telah ber'couple' sebelum kahwin dan ditakdirkan anda ada jodoh dengan couple anda tersebut,apa lagi yang anda ingin 'couple'kan lagi selepas berkahwin dengannya.

Yang kedua ialah mengenai adakah cinta itu halal..
cinta adalah halal tetapi tidak semua cinta itu halal.. Cinta kepada manusia adalah halal tetapi menjadi haram apabila cinta itu menghala ke arah kemaksiatan (cinta sebelum kahwin & cinta yang menyebabkan hubungan sesama jenis).
Cinta adalah halal jika mengikut panduan @ manual yang telah disediakan oleh ALLAH SWT.

Seterusnya ialah bagaimana untuk ber'couple' menurut Islam.
Caranya amat mudah. Tidak rumit walau sekelumit pun tetapi ia memerlukan iman yang MANTOP!!! Caranya telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW iaitu ber'couple' selepas kahwin
. Jadi,marilah kita sama-sama mengikut landasan yang telah di tetapkan oleh ALLAH SWT....

No comments:

Post a Comment