Monday, August 24, 2009

APA DAH JADI DENGAN PKR??

Sejak wujudnya jenama Pakatan Rakyat selepas PRU-2008,minat aku terhadap politik semakin berkurang disebabkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang dilihat lebih menguasai suasana politik pembangkang setelah berjaya mnguasai beberapa buah negeri di Malaysia.

Bukan aku ingin pecah belahkan PR,tapi alangkah lebih baik jika PR diterajui oleh PAS sebab dasar PAS lebih bersifat Islamik jika nak dibandingkan dengan PKR yang lebih bersifat sekular.
Kesannya dapat dilihat sekarang apabila timbul banyak krisis dalaman parti. Apa yang paling parah, ada beberapa ADUN PKR yang telah mengkhianati amanah 'rakyat' apabila bertindak lompat dan keluar dari parti. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai asas yang jelas seperti yang dimiliki oleh semua ADUN PAS. Contohnya apa yang berlaku kepada beberpa orang ADUN PAS di Kelantan.Mereka telah menolak tawaran dari 'barua' UMNO yang berjumlah berjuta-juta ringgit untuk melompat parti.

Tapi tengok pula apa yang terjadi di Perak sehingga menyebabkan krisis politik di Perak. Ini semua disebabkan oleh beberapa pengkhianat dari ADUN PKR yang dibayangi oleh skandal rasuah diri sendiri telah melompat parti setelah menerima tawaran dari barua-barua UMNO.
pada 23 ogos 2009 pula,seorang ADUN PKR di Kedah(Lunas) telah bertindak keluar dari PKR dan mengisytiharkan sebagai bebas.

Jadi apa lagi yang diharapkan dari PKR???jika dulu kekuatannya hanya bergantung kepada PAS,tetapi tidak lagi sekarang..1 nasihat untuk PKR,sila tapis terlebih dahulu calon yang akan bertanding bagi parti anda supaya sejarah tidak akan berulang lagi.......

No comments:

Post a Comment